Petua menambah susu ibu

Beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai ibu-ibu yang menyedari akan kepentingan menyusukan bayi mereka dengan susu ibu.  Perkara ini adalah satu perkembangan yang amat positif kerana kebaikan susu ibu itu sendiri.  Titisan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat dan nutrien akan dapat diserap ke dalam tubuh bayi yang amat diperlukan untuk tumbesaran mereka.

Akan tetapi terdapat juga ibu-ibu muda yang sering merungut dan mengatakan “Saya tiada susu”, “Susu badan kering”, “Susu ibu kurang, tak cukup.. kena tambah susu formula”.  Adalah amat disarankan bakal ibu atau ibu-ibu muda untuk menambah ilmu penyusuan susu ibu supaya lebih berkeyakinan dalam menangani cabaran psikologi atau persepsi negatif dari orang sekeliling atau si ibu sendiri.

Terdapat pelbagai petua dan cara menambah susu ibu yang boleh diamalkan.  Di sini saya kongsikan di antaranya:

 Pemakanan penggalak susu (milk booster)

Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:

Lobak putih

- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering

- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma

- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu hamil dan menyusu

Pucuk betik/Betik muda

- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek

- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor

- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang

- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis

- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya

- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

Pengambilan Air

- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air masak supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Pemakanan seimbang

- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi

Susu saya cukup untuk bayi saya!

Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam

- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep supply and demand.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa

- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.

Supplement untuk Ibu Menyusu

Ibu-ibu menyusu kerap kali akan berasa cepat letih, penat dan tertekan.  Jadi kepada ibu-ibu menyusu yang sering berasa keletihan,stress dan tidak bertenaga, saya sarankan anda mencuba set penyusuan Shaklee.  Antara set penyusuan yang disarankan ialah:

Set B – Terdiri daripada Vitalea, Vitamin B complex, Vitamin C & Alfalfa

Set 3M – Terdiri daripada Vitalea, Vitamin B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.

Hubungi saya di milkymommyshop@gmail.com jika anda berminat!

Gambar diambil dari google dan vitaminsemulajadi.com


signature

23 thoughts on “Petua menambah susu ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>